Kerjasama politik PN

Parti Perikatan Nasional menjadi salah satu parti yang membentuk dan mengetuai sebuah kerajaan campuran, iaitu Kerajaan Perikatan Nasional di peringkat Persekutuan Malaysia bersama-sama Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Parti Bersatu Sabah dan Ahli Parlimen Bebas. Ia juga merupakan parti yang membentuk dan mengetuai kerajaan campuran, iaitu Kerajaan Perikatan Nasional melalui Gabungan Rakyat Sabah di negeri Sabah. Ia juga mendokong Muafakat Nasional yang disertai oleh kedua-dua parti utamanya, PAS dan BERSATU, bersama UMNO dari Barisan Nasional.

Rencana–rencana utama: Dewan Undangan Negeri di Malaysia dan Kerajaan negeri

Kerajaan campuran negeri juga terdapat di Kedah, Kelantan dan Terengganu, diketuai oleh Parti Perikatan Nasional, manakala kerajaan campuran di Perlis, Perak, Melaka, Johor, Pahang pula diketuai oleh Barisan Nasional.

Kerajaan Negeri Sarawak pula diketuai oleh Gabungan Parti Sarawak. Ia merupakan kerajaan campuran antara Gabungan Parti Sarawak dan Parti Perikatan Nasional.

Parti Perikatan Nasional bersama-sama Barisan Nasional menjadi parti pembangkang di negeri-negeri seperti Pulau Pinang dan Selangor dan Barisan Nasional menjadi Ketua Pembangkang, manakala di Negeri Sembilan pula, tiada wakil dari Parti Perikatan Nasional dan hanya Barisan Nasional sahaja yang mewakili parti pembangkang.

Berkaitan